
PUSAT KECEMERLANGAN KEMAHIRAN BERFIKIR
IPGM ZON UTARA
IPG KAMPUS PULAU PINANG










Terkini

PROGRAM PERKONGSIAN PEMBELAJARAN ABAD 21 DI SK SUNGAI GELUGOR(SEKOLAH NUKLEUS)
Program Komuniti Perkongsian Pembelajaran Abad 21 telah diadakan di SK Sungai Gelugor (Sekolah Nukleus) pada 29 Julai 2016, jam 7:30 pagi hingga 10:30 pagi.Pihak sekolah menjemput para ibubapa, guru-guru sekitar Timur Laut Pulau Pinang untuk berkongsi pendedahan Pembelajaran Abad 21. Program berjaya dilaksanakan dan mendapat sokongan komuniti.Ia merupakan satu penandarasan bagi pihak sekolah tentang pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 sebagai Sekolah Nukleus.

PROGRAM SEKOLAH NUKLEUS-SK SUNGAI GELUGOR
Kursus pemantapan teknologi maklumat komunikasi(ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran bagi guru-guru Sekolah Nukleus Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor telah diadakan pada 14 Julai 2016 di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor.Seramai 66 orang guru menghadiri program ini sebagai latihan dalam perkhidmatan dan disampaikan oleh En Abdul Jasheer Bin Abdullah, pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Pulau Pinang.




KURSUS PEMANTAPAN KBAT DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21
Kursus pemantapan KBAT dan Pembelajaran Abad ke 21 siri III telah diadakan pada 28 Jun 2016 bertempat di Blok Beringin.Kursus bertujuan untuk mendedahkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pentaksiran dan penilaian kepada guru- guru Bahasa Inggeris sekitar Timur Laut Pulau Pinang. Puan Choong See Yong, Cik Lecthumiprabah a/p Ramachandran dan Puan Kam Lay Khuan dari Jabatan Bahasa berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tersebut.
KURSUS PEMANTAPAN KBAT DAN PEDAGOGI ABAD KE 21 UNTUK PELAJAR GURU BERPRAKTIKUM
Kursus Pemantapan KBAT dan Pedagogi Abad ke 21 untuk pelajar PISMP semester 5, 6 dan 7 telah diadakan pada 25 Jun 2016(Sabtu)di Dewan Kuliyah A. Objektif kursus ini ialah untuk memantapkan pengetahuan pelajar guru tentang pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) , aplikasi alat berfikir dan pedagogi abad ke 21 dalam praktikum di sekolah. Seramai 152 orang pelajar guru dan 7 orang pensyarah terlibat menjayakan kursus ini. Secara keseluruhannya, pelajar guru berasa teruja untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 dalam praktikum nanti.
PERASMIAN BILIK OPERASI SEKOLAH NUKLEUS SK SUNGAI GELUGOR
Majlis perasmian Bilik Pengoperasian Sekolah Nukleus Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor sebagai sekolah angkat Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir IPGM Zon Utara telah diadakan pada 31 Mac 2016 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1437 H. Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid.

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI KBAT i-THINK siri 2
0 Januari 2016 Sasaran: Sekolah Nukleus(SK Sungai Gelugor)
Siri 2 telah diadakan pada tarikh 30 Januari 2016 (Sabtu) bertempat di DKA IPGKPP. Kursus ini telah dikendalikan oleh 4 orang fasilitator iaitu En.Mohd Azolman b.Zulkufli, Pn Noorhalizah bt Abdul Rahman, Cik Juriah bt Abu Bakar dan Cik Aida Rahayu bt Sharifuddin. Peserta telah didedahkan dengan modul Habits of mind dan Pedagogi Abad ke-21.

PROGRAM KBAT SMK KAMPUNG SELAMAT
Program KBAT SMK Kampung Selamat Tasek Gelugor di pejabat pendidikan daerah Utara P.Pinang. Seramai 65 org guru telah diberi motivasi dalam pelaksanaan amalan KBAT dalam P&P. Penyelaras pusat kecemerlangan berfikir zon utara Dr Mohd Azhar Bahari telah memberikan input tentangpedagogi abad ke-21 manakala Dr Ahmad Zohri Ishak memberikan input tentang kecemerlangan guru. Guru-guru dan pentadbir sekolah mengharapkan agar sesi kolaborasi dapat diteruskan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar di sekolah tersebut.

Lawatan Penandarasan oleh Taskforce KBAT IPG KDA ke IPGK Pulau Pinang
3 Februari 2016
IPGKPP menerima lawatan dari Taskforce KBAT IPGK Darul Aman pada 3 Februari 2016.Seramai 8 pesyarah yang diketuai Puan Hajah Zakiah Bt Mahmood.Dalam Lawatan tesebut,para pensyarah diberi taklimat oleh Dr Azhar merangkap penyelaras PKKB Zon Utara mengenai kepakaran kitas sebagai Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir Zon Utara dalam Kios KBAT.Kemudian Taklimat KIOS KBAT disampaikan oleh Dr Yeoh Poo Choo.Dikuti En Barchan Singh menerangkan Jurulatih Muda.

Wacana Ilmiah
18 Februari 2016
Ceramah mengenai Pedagogi Abad ke -21 telah diadakan pada 18 Februari 2016. Sasaran program ini kepada Pelatih Guru untuk mengisi program Wacana ilmiah.Ia disampaikan Ustaz Mohd Azolman Bin Zulkufli

PROGRAM KOLABORASI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA DENGAN SK NUKLEUS SK SUNGAI GELUGOR PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Program kolaborasi Pergerakan Puteri Islam Malaysia(PPIM) dengan Sekolah Nukleus Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor merupakan program sulung diadakan pada 2 April 2016(Hari Sabtu) di Bilik Operasi Sekolah Nukleus setelah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid. Program ini dihadiri oleh murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang terpilih dari seluruh Pulau Pinang dan guru-guru SK Sungai Gelugor.Tujuan program ini ialah untuk menghasilkan bahan-bahan aktiviti PPIM menggunakan 8 peta pemikiran

BENGKEL KERJA KELESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN ABAD KE-21(P21) SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
Bengkel Kerja Kelestarian Pembelajaran dan Pengajaran Abad ke-21(P21) Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) telah berlangsung pada 14,15 dan 16 Mac 2016 di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.Ia merupakan program anjuran bersama oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSPPSK), Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang(IPGKPP), Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut Pulau Pinang dan Majlis Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi.

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI KBAT i-THINK siri 1
16 Januari 2016 Sasaran: Sekolah Nukleus(SK Sungai Gelugor)
Kursus pemantapan pedagogi KBAT i-THINK Sekolah nukleus ini telah diadakan pada tarikh 16 Januari 2016 (Sabtu) bertempat di DKA IPGKPP.Kursus ini telah dikendalikan oleh 4 orang fasilitator iaitu En.Mohd Azolman b.Zulkufli, Pn Noorhalizah bt Abdul Rahman, Cik Juriah bt Abu Bakar dan Cik Aida Rahayu bt Sharifuddin. Peserta telah didedahkan dengan modul 8 Peta Pemikiran .
