
PUSAT KECEMERLANGAN KEMAHIRAN BERFIKIR
IPGM ZON UTARA
IPG KAMPUS PULAU PINANG


Proses Berfikir = Membanding Beza
Peta Pemikiran = Peta Buih Berganda
Peta Buih menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara dua perkara atau idea supaya dapat membezakan kedua-duanya dengan membanding dan membeza.
Sebagai contoh, jika mahu membandingkan kapal terbang dan kereta api, senaraikan persamaan antara kedua-dua jenis sistem pengangkutan tersebut dalam bulatan-bulatan di tengah manakala perbezaan pula disenaraikan di dalam bulatan-bulatan yang berada di luar.
Langkah Membina Peta Buih Berganda:
-
Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek / idea) yang ingin dibandingkan.
-
Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
-
Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan utama.
-
Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.
-
Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.
-
Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.
-
Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.

