top of page

PUSAT KECEMERLANGAN KEMAHIRAN BERFIKIR
IPGM ZON UTARA
IPG KAMPUS PULAU PINANG


Proses Berfikir = Mendefinisikan Mengikut Konteks
Peta Pemikiran = Peta Bulatan
Peta Bulatan membantu aktiviti sumbang saran dan menyenaraikan semua yang diketahui tentang perkara atau idea tertentu supaya perkara tersebut boleh diteroka.
Langkah Membina Peta Bulatan:
-
Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
-
Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.
-
Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
-
Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
-
Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.


bottom of page