
PUSAT KECEMERLANGAN KEMAHIRAN BERFIKIR
IPGM ZON UTARA
IPG KAMPUS PULAU PINANG


Proses Berfikir = Sebab dan Akibat
Peta Pemikiran = Peta Pelbagai Alir
Peta Pelbagai Alir membantu melakarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa agar boleh memahami akibat tindakan-tindakan yang diambil dan cara untuk mengubahnya.
Sebagai contoh, jika ingin mengetahui kesan-kesan kerosakan gigi dan sebab perkara ini berlaku, senaraikan perkara-perkara yang menyebabkan kerosakan gigi di sebelah kiri dan kesan kerosakan gigi di sebelah kanan.
Langkah Membina Peta Pelbagai Alir:
-
Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan kesan.
-
Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.
-
Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam kotak berasingan.
-
Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.
-
Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan.
-
Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.
-
Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja.
-
Cadangan Topik – Saya berjaya dalam peperiksaan.

